Thursday, 26 April 2012

Jenis Ayat

Terdapat empat jenis ayat iaitu:
  • Ayat Penyata
  • Ayat Tanya
  • Ayat Seru
  • Ayat Perintah
1. Ayat penyata disebut juga ayat berita atau keterangan. contoh ayat: Azman seorang pelukis yang berbakat.

2. Ayat tanya untuk menyoal sesuatu. Ayat tanya mesti menggunakan kata apa, bila, di mana, bagai mana, dan kenapa. Contoh ayat: Siapakah gadis yang bertudung itu?

3. Ayat seru digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang. ayat seru biasanya didahului oleh kata seru seperti wah, cis, amboi, eh, oh, dan sebagainya. Contoh ayat ; wah, tingginya Menara Kuala Lumpur!

4. Ayat perintah digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Terdapat empat jenis ayat perintah iaitu ayat larangan,  ayat silaan, ayat permintaan, dan ayat suruhan. Contoh ayat:
     a. jangan memanjat tangga itu. (ayat larangan).
     b. Silakan duduk (ayat silaan).
     c. Tolong belikan saya segugus buah anggur (ayat permintaan)
     d. Kutip sampah itu (Ayat suruhan)

No comments:

Post a Comment